Sunday, March 29, 2009

Program Perkhemahan Jati Diri Bangsa 2009

Program ini telah dilaksanakan pada 27 Mac hingga 29 Mac 2009. Seramai 52 peserta yang berumur 16 tahun ke atas di sekitar daerah Kapit telah pun mengisi tempat untuk perkhemahan ini. Program ini amat bermakna kepada mereka kerana nilai semangat cintakan negara disemaikan kepada mereka. Disamping itu juga, mereka telah dilatih untuk berdikari dan mempelajari bagaimana menempuh cabaran dalam negara dan luar negara untuk mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara. WAHAI RAKAN_RAKANKU YANG BERGELAR ANAK MALAYSIA...Biarlah berlainan rupa, biarlah berlainan bangsa, biarlah berlainan adat, biarlah berlainan bahasa, biarlah berlainan warna, biarlah berlainan agama...TALI PERSAHABATAN DAN PERSAUDARAAN KITA TETAP DIJAGA...1 MALAYSIA