Sunday, April 26, 2009

Kem Skuad Sukarelawan Remaja Rakan Muda Peringkat Negeri Sarawak 2009

Sekali lagi diucapkan tahniah kepada Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Kapit kerana telah berjaya menjadi tuan rumah untuk Kem Skuad Sukarelawan Remaja Rakan Muda Peringkat Negeri Sarawak tahun 2009, dan tidak lupa juga kepada golongan remaja yang disayangi kerana telah menyertai Kem ini yang diadakan pada 17 April sehingga 21 April 2009. Selama 5 hari 4 malam mereka berkampung di kawasan hulu Yong, Kapit dan akhirnya mendapat ilmu pengetahuan serta pengalaman indah yang semestinya menjadikan mereka pulang dengan tidakmembawa tangn yang kosong. Ini kerana pelbagai aktiviti seperti pertolongan cemas, memadam kebakaran,. membantu mangsa, mendalami dunia kesukarelaan dan lain-lain lagi telah pun diisi sepanjang perkhemahan ini. Disamping itu, tali persaudaraan mereka juga terjalin kerana para peserta bukan sahaj dari daerah Kapit, malah mereka datang daripada Mukah dan juga Sibu. Semoga apa yang telah mereka lalui akan dapat memberi sumbangan yang penuh ikhlas kepada sesiapa sahaja disamping menjaga kemakmuran negara kita yang tercinta. TERIMA KASIH SEMUA, TERIMA KASIH ANAK MALAYSIA.














Keceriaan Dan Perpaduan Membawa Kecemerlangan



































































Kerjasama Dalam Kumpulan









































































































































Di Sebalik 'Grenade' Menunjukkan Semangat Anak Malaysia Yang kental
























BERDISIPLIN-(Perkhemahan Jati Diri Kapit 2009)